Thursday, February 27, 2014

Guna Air Lombong & Teknologi Membran ? Akhirnya Langat 2 Juga Yang Diteruskan

Akhirnya semalam satu MoU telah ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil alih pengurusan syarikat-syarikat bekalan air, yang akan menerima pampasan RM9.65 bilion. Selain itu kerajaan Persekutuan juga akan menyuntik sumbangan sebanyak RM2 billion untuk kerajaan negeri bagi pengurusan syarikat2 yang di ambil alih itu. MoU ini ditandatangani selepas kerajaan negeri Selangor mengarahkan catuan air di negeri itu . 


Sepatutnya MoU seperti ini dibuat sejak 5 tahun lepas, macam-macam kajian yang dah dibuat menunjukkan akan berlaku krisis air pada 2014 dan ternyata pada tahun ini kajian yang dibuat membuktikannya. Ini lah jadinya kalau soal air pun nak dipolitikkan, mujur lah MB Khalid Ibrahim akhirnya bersetuju untuk berunding dengan kerajaan dan akhirnya menyelesaikan krisis yang dah tertangguh bertahun lamanya. 

Satu artikel pernah dikeluarkan penulis dalam blog ini pada tahun 2012 mengenai kemungkinan krisis air yang akan berlaku pada tahun 2014 . Artikel yang bertajuk "AIR PERCUMA & KRISIS AIR SELANGOR PADA TAHUN 2014 ?" antaranya menyatakan jumlah bekalan air yang sedia ada tidak akan mampu menampung permintaan air di negeri ini apabila dari tahun ke tahun projek2 baru perumahan dan bangunan2 komersil lain semakin bertambah. 




Di sebalik krisis air yang semakin meruncing ini , penulis masih terkejut dengan sikap 'strategis' PKR, Rafizi Ramli yang seolah-olah tidak mahu mengakui punca kekurangan air di negeri ini adalah disebabkan sumber air di negeri ini tidak mampu untuk menampung pembangunan pesat setiap tahun di sekitar Lembah Kelang. Rafizi menafikan tentang keperluan untuk meneruskan projek Langat 2 , sebaliknya beliau berkata kekurangan bekalan air adalah disebabkan SYABAS tidak menaiktaraf loji2 pemprosesan air untuk membolehkan loji2 itu merawat air yang mempunyai kandungan ammonia yang tinggi. 

Pencemaran ammonia di Sg. Langat yang diukur baru-baru ini berada pada tahap 4.15 p.p.m (part per million) berbanding  di bawah 1.5 p.p.m iaitu aras kandungan ammonia yang dibenarkan untuk tujuan rawatan. Demi untuk keselamatan pengguna air , loij Batu 11, Cheras dan Bukit Tampoi, Dengkil terpaksa ditutup sejak 28 Januari 2014.  Selain masalah pencemaran ammonia di Sg. Langat , SYABAS pada minggu lepas (20 Feb) juga mengesahkan bahawa aras air di Empangan Sungai Selangor berada pada tahap 53% dan simpanan air di Klang Gates pada tahap 56%  .

Kedua-dua faktor yang dinyatakan di atas merupakan punca utama krisis yang berlaku sekarang . Namun sekiranya projek Langat 2 (sumber air dari Pahang) diteruskan sejak 2008 , pasti hal sebegini dapat dielakkan . Namun strategi mitigasi yang sepatutnya menyenangkan rakyat Malaysia di Lembah Kelang pada ketika ini gagal di laksanakan disebabkan kebodohan penasihat-penasihat dalam kerajaan negeri Selangor , termasuklah 'strategis' yang merupakan antara kroni kesayangan Anwar.  

Dari petikan artikel Rakyatnews.my ;

Sebelum ini, Rafizi menyelar Syabas berikutan gagal menaiktaraf fasiliti dan menyebabkan gangguan bekalan air pada musim panas bulan ini.

Menurut Pengarah Strategik PKR itu mendakwa, cuaca kering menyebabkan kadar ammonia di dalam air mentah meningkat dan loji rawatan air Syabas tidak mempunyai peralatan secukupnya bagi menangani masalah tersebut.

Tambah beliau, ianya mengakibatkan loji Batu 11, Cheras dab Bukit Tampoi, Dengkil, ditutup.

Kenyataan Rafizi itu menyebabkan SYABAS mempertimbangkan tindakan undang-undang untuk diambil ke atas beliau . SYABAS dalam satu kenyataan balas mengatakan tuduhan Rafizi itu adalah tidak tepat kerana tugas pemantauan kadar ammonia di empangan dan sungai2 di Selangor adalah tanggungjawab kerajaan negeri . 

Wednesday, February 26, 2014

Cerita Pasal Tun Daim 'Godfather' Korporat Malaysia

Bekas pemimpin ,bila dah tak pegang apa-apa jawatan penting dalam kerajaan mereka boleh sesuka hati mengkritik barisan kepimpinan yang ada sekarang. Salah seorang bekas Menteri yang dilihat cukup lantang mengkritik pentadbiran kerajaan sekarang ialah Tun Daim Zainuddin . Ini orang lama dalam UMNO , entah kenapa media-media pembangkang melambung Tun Daim dengan melabel beliau sebagai "Godfather of Corporate Malaysia" . Penulis bukan lah orang koporat dan penulis juga bukan arif benar dengan hal ehwal politik ni . Tetapi tindakan Tun Daim yang cuba meletakkan kesalahan pada bahu PM disebabkan krisis politik ,agama dan perkauman yang berlaku sekarang ni agak melampau .

sumber gambar : kinibiz.com

Zaman Tun Mahathir pun ada krisis yang hampir serupa, cuma pada ketika itu internet tak wujud lagi , Facebook, Twitter dan Blog tak ada lagi . Jadi pada masa itu , Tun telah menguatkuasa OPS LALANG dan menahan individu2 yang menjadi punca kepada krisis perkauman pada ketika itu , baik dari pihak kerajaan atau pembangkang . Pada ketika itu , sebaran mengenai berita2 seperti ni adalah pada kadar yang perlahan . Maka tindak balas rakyat, media-media antarabangsa juga perlahan dan pada ketika ia dah jadi 'viral' dan mula diketahui umum , suasana dah mula menjadi 'sejuk'. Individu yang terbabit dah ditahan , polis tak akan menghadapi masalah penentangan dari penyokong2.

Kini zaman dah berubah , tindakan2 yang dibuat seperti zaman OPS LALANG pada tahun 80-an boleh mengundang pelbagai persepsi kerana kewujudan media sosial . Berita tersebar dengan cepat samada ianya palsu atau benar . Bila berlaku penyebaran seperti ini , akan wujud suasa tidak tenteram dan tidak mustahil boleh mengundang rusuhan secara besar-besaran . Tak mustahil peristiwa yang lebih teruk daripada tragedi 13 Mei 1969 boleh berlaku , maka apa yang Najib sebagai PM lakukan adalah seperti menarik rambut dari tepung, rambut tak putus , tepung tak selerak. Tun Daim perlu sedar sendiri bahawa tindakan provokasi2 berupa perkauman dan agama ini datang dari pihak2 pelampau sendiri . Media sosial digunakan untuk mempersoalkan perkara2 berkaitan mengenai perkauman dan agama.

Berikut adalah pandangan Speaker DUN Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak dengan kenyataan yang dibuat oleh Tun Daim ;

sumber : http://www.rakyatnews.my/index.php/20140226142642/politik/tun-daim-jangan-letak-kesalahan-atas-bahu-najib

KUALA LUMPUR 26 Feb - Mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin diingat unutk tidak meletakkan kesalahan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai krisis agama dan politik dalam negara.

Speaker DUN Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, krisis politik hampir sama dengan krisis yang berlaku pada 1987 apabila polis menahan lebih 100 penggiat politik menerusi Operasi Lalang kerana mencetuskan permusuhan.

"Apa yang berlaku kini adalah mirip dengan kejadian pada 1987 sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kerjaan mengambil tindakan tegas dengan menahan kesemua pencetus rusuhan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)(Operasi Lalang)," katanya menerusi laman blog beliau, hari ini.

Salleh berkata demikian bagi mengulas laporan temubual Tun Daim bersama Malaysiakini dan Malaysian Insider menyalahkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional semata-mata di atas kemerosotan peraduan negara.

Tambah beliau, negara kini dipenuhi dengan kumpulan yang cuba mencetuskan kekeliruan dengan mendesak untuk memberi kebebasan bersuara, liberalisasi dan demokrasi namun kumpulan sama menyelar Perdana Menteri terlalu lemah kerana memberi banyak kebebasan.

"Tidak ragu lagi keadaan kini menjadi tidak keruan dan masyarakat menyalahgunakan kebebasan yang baru ini. Dan kerana ini Tun Dr Mahathir berkata Malaysia tidak seharusnya diberikan terlalu banyak kebebasn kerana kebabsan tersebut akan disalahgunakan," ujarnya.

Beliau kemudiannya turut menyentuh mengenai kadar inflasi yang rendah sewaktu Tun Daim bergelar Menteri Kewangan kepada 1 peratus daripada empat peratus pada awal lantikannya.

"Ianya (inflasi) menurun kepada 1 peratus ketika kegawatan ekonomi 1985 tetapi ianya (kemerosotan) turut berlaku pada ekonomi, pasaran saham, harga hartanah dan banyak lagi.

"Malahan, Malaysia turut memperlihatkan deflasi untuk waktu singkat mengakibatkan banyak syarikat bankrap," katanya lagi.

Tuesday, February 25, 2014

RM 120 Juta Setahun Duit Rakyat Bakal 'Hangus' Lagi Sekiranya Kontrak DBP-DAWAMA Diteruskan ?

Hari ini penulis baca di beberapa entri blog rakan2 blogger mengenai isu DAWAMA . Antaranya beberapa artikel berkaitan yang ditulis oleh rakan blogger pada hari ini adalah seperti berikut ;

1. http://gmieawakening.blogspot.com/2014/02/dawama-national-failure-milestone-vs.html
2. http://www.rbfonline.net/2014/02/semoga-sprm-memantau-kontrak-dawama.html
3. http://khairulryezal.blogspot.com/2014/02/kerajaan-wajib-menolak-cadangan.html

Tentu ramai yang masih ingat krisis yang berlaku pada tahun 2011 di mana syarikat DAWAMA telah memberhentikan pekerja-pekerja mereka dek kerana mengalami masalah kewangan . Itu alasan syarikat itu. Ironinya Timbalan Menteri Pelajaran pada ketika itu Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam satu kenyataan akhbar menyatakan bahawa DAWAMA tidak sepatutnya rugi ! Dalam satu petikan artikel Kosmo Online ,Timbalan Menteri Pelajaran itu berkata ;


"Kementerian membayar beberapa ratus juta ringgit kepada Dawama sejak tujuh tahun lepas, sampai sekarang kita tidak berhutang sesen pun dengan mereka." - Klik sini untuk berita penuh

Melalui pautan artikel blog di atas , syarikat DAWAMA yang pernah mengalami kerugian teruk hingga membuang ramai pekerja-pekerjanya sekarang dikatakan sedang berkira-kira dengan DBP untuk menyambung lagi kontrak percetakan buku dengan DBP untuk tempoh 10 tahun lagi ! Penulis berpendapat sekiranya kerajaan melalui DBP terus melanjutkan kontrak DAWAMA yang terbukti sebelum ini mempunyai rekod yang buruk , ia bakal menjadi nanah yang seterusnya memberikan ruang untuk pembangkang mempersoalkan ketelusan kerajaan BN .

Penulis membuat sedikit 'online research' tentang latar belakang DAWAMA dan mendapati syarikat ini ditubuhkan pada 14 Oktober 1999 dan telah memulakan operasinya sepenuhnya pada 1 September 2002. Syarikat ini mendapat kontrak 12 tahun dengan Kementerian Pelajaran dan dijangka berakhir dalam terdekat tahun ini (2014) . DAWAMA diwujudkan dengan tujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera sebanyak tiga puluh peratus (30%) . Kalau dilihat dalam laman sesawang syarikat itu pun, nama-nama untuk jawatan tertinggi yang disandang pun memang nama Melayu , cuma masalah sekarang ialah satu syarikat Melayu ini 'melingkupkan' berpuluh-puluh lagi syarikat Melayu yang lain .

Dalam laman web syarikat itu (DAWAMA) tertara pernyataan seperti berikut ;

"Dawama juga telah menjalin hubungan pintar dengan syarikat-syarikat percetakan tempatan untuk mencetak buku-buku teks skim pinjaman untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah bagi memenuhi pesanan tahunan yang besar jumlahnya daripada Kementerian Pejalaran Malaysia ."

Persoalan sekarang dalam banyak-banyak syarikat percetakan tempatan yang menjalin kerjasama dengan DAWAMA berapa peratus syarikat bumiputera yang mendapat hasil dari DAWAMA yang kononnya diwujudkan untuk meningkatkan ekuiti Bumiputera sebanyak 30% ??  Dari petikan akhbar Harian Metro yang diterbitkan pada 3 Julai 2002 , Presiden Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM), Badruddin Abu Bakar berkata DAWAMA tidak hanya akan memperoleh semua kontrak percetakan buku DBP malah mempunyai hak mengagihkan tender kepada syarikat kecil yang lain.

"Saya difahamkan apabila konsesi penswastaan itu dilaksanakan sepenuhnya akhir Julai kelak, hanya 30 peratus tender percetakan diberi pada usahawan Bumiputera manakala 70 peratus lagi akan dibuka kepada mana-mana syarikat termasuk syarikat bukan Bumiputera" - Presiden PPMMI , Harian Metro, 3 Julai 2002

Dari kenyataan yang dibuat oleh Presiden PPMMI itu , ternyata fungsi DAWAMA untuk membantu pengusaha-pengusaha percetakan milik Bumiputera hanyalah omongan kosong sahaja . Adakah penubuhan syarikat ini adalah untuk kepentingan individu-individu tertentu saja ? Dan timbul juga persoalan kenapa syarikat yang diberi kontrak 12 tahun oleh DBP ini boleh rugi ? Bukannya kerja rumit macam pembinaan bangunan , jambatan dan sebagainya , mereka hanya perlu cetak dan edar, tetapi masih rugi ! Tak ke bodoh yang teramat ???

Ini berlaku pada akhir tahun 2010 , sehingga syarikat percetakan DAWAMA (yang kononnya milik Bumiputera) dijadikan bahan ketawa oleh syarikat percetakan bukan bumiputera apabila GAGAL menjalankan kerja-kerja mencetak buku teks ! Macam mana boleh GAGAL sedangkan melalui kontrak DBP ,kerja-kerja syarikat DAWAMA ni boleh mencecah sehingga RM 120 juta setahun ! Disebabkan kegagalan syarikat ini maka pada 2011, kerja2 yang sepatutnya dibuat oleh DAWAMA ini diberikan kepada syarikat2 percetakan Melayu untuk disiapkan dalam tempoh yang singkat dan ia berjaya di laksankan .

Malangnya pada tahun 2012 , selepas insiden PALING MEMALUKAN dalam sejarah syarikat bumiputera , kerja-kerja percetakan DBP telah dikembalikan semula kepada DAWAMA ??!!! Kebodohan dan kebebalan apakah ini ?? Bertambah-tambah terserlah kebebalan dan kebodohan pihak yang TIDAK menamatkan kontrak dengan DAWAMA ini , apabila syarikat itu GAGAL bayar hutang kepada pengusaha-pengusaha Melayu yang cetak dan edar buku2 syarikat itu ! Vendor-vendor teraniaya sedangkan RM120 juta dibelanjakan DBP untuk DAWAMA bagi urusan percetakan .

Hal ini penulis rungkai secara umum terlebih dahulu . Setakat ini penulis tak siasat lagi nama2 yang ada kaitan dengan DAWAMA , mungkin ia bakal menjadi lebih menarik kalau nama2 ini didedahkan . Ini bukan kerja bloggers , ini kerja SPRM . Kalau SPRM malas siasat baru bloggers akan buat pendedahan sedikit demi sedikit . Jadi untuk kes DAWAMA yang masih ada hati nak mintak sambung kontrak selepas macam-macam peristiwa kegagalan yang berlaku , elok lupakan saja . Alasan DAWAMA di bawah pengurusan baru pun tak boleh dipakai kerana hak percetakan untuk syarikat tunggal ni hanya akan tetap menguntungkan satu pihak saja . Diharapkan Kementerian Pelajaran dan DBP tidak sambung kontrak DAWAMA untuk tempoh 10 tahun lagi , biarkan urusan percetakan untuk buku-buku DBP diberikan semula pada DBP , tak perlu lah nak berkonsesi bagai .

Monday, February 24, 2014

Penerima BR1M RM650 Boleh Isi Petrol Pada Kadar RM1.90 Seliter Hingga Had 3,250 Liter

Sejak Jumaat lepas BR1M 3.0 telah diagihkan secara berperingkat kepada yang layak menerimanya . Orang bujang terima RM300 dan bagi yang berkeluarga ada yang terima RM450 dan ada juga yang terima RM650.  Ramai yang keliru tentang penerimaan jumlah bantuan RM450 dan RM650 . Sekadar untuk imbasan kembali , berikut adalah syarat2 untuk melayakkan seseorang individu itu memperoleh BR1M 3.0 .


Syarat BR1M 3

Berkeluarga (RM650)
1. Pendapatan isi rumah RM3,000
2. Warganegara Malaysia

Berkeluarga (RM450)
1. Pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM4,000
2. Warganegara Malaysia

* Tambahan RM50 untuk insuran Takaful Rakyat 1 Malaysia (i-BR1M)

Individu Bujang (RM300)
1. Jumlah pendapatan kasar RM2,000 dan ke bawah
2. Warganegara Malaysia
3. Umur 21 dan ke atas (dilahirkan tahun 1993 atau lebih awal)
4. Tidak termasuk pelajar yang terima voucar Bantuan Buku 1Malaysia  (BB1M)

Jelas tertera dalam syarat ialah pendapatan isi rumah , pendapatan isi rumah bermaksud sekiranya ada beberapa orang bekerja dalam rumah itu (guna alamat yang sama) dan jumlah pendapatan melebihi               RM 4000 ,mana-mana individu dalam alamat berkenaan sepatutnya tak layak mendapat BR1M . Jika pendapatan suami RM3000 , dan pendapatan isteri RM1000 . Pendapatan isi rumah ialah RM4000 dan hanya seorang dari isi rumah itu berhak menuntuk BR1M , jadi jumlah yang sepatutnya diperoleh ialah RM450 dan bukan RM650. Penulis yakin ramai yang masih keliru dengan syarat2 yang dinyatakan itu.

Selain dari isu yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa pihak yang memperlekehkan usaha kerajaan dalam pemberian BR1M ini , mungkin ramai yang tidak sedar sekiranya wang yang diterima ini digunakan dengan sistematik , ia mampu menampung beberapa keperluan asas dapur dalam tempoh 12 bulan . Bila penulis nyatakan keperluan asas dapur , ia berupa barangan seperti gula,garam,beras,minyak masak, kicap, dan beberapa bahan kering lain yang boleh disimpan untuk stok. Berikut adalah beberapa kira-kira ringkas untuk rujukan, senarai harga diperoleh dari laman web Tesco http://eshop.tesco.com.my/en-GB/Search/List?searchQuery=jalen&Search=Search pada 24/2/2014 ;

1. Gula Pasir Kasar (2 Kg) - RM 5.68 x 12 = RM 68.16
2. Garam Halus (450g) - RM 1.00 x 12 = RM 12.00
3. Beras Nasional Supertempatan (15% beras hancur, 10kg) - RM 16.50 x 12 = RM 198.00
4. Avena Cooking Oil (3kg) -  RM7.50 x 12 = RM 90.00
5. Kicap Jalen Lemak Manis (325ml) - RM3.39 x 12 = RM 40.68

Senarai di atas hanyalah sebagai contoh anggaran untuk tempoh setahun, jumlah keseluruhan RM 408.84 . Sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun, contoh bahan-bahan yang dinyatakan di atas tak perlu dibelanjakan lagi . Subsidi gula yang ditarik kerajaan sebelum ni pun dah tak perlu lagi jadi isu kerana duit BR1M yang diterima tu boleh diperuntukkan sedikit untuk subsidi gula yang hilang tu.

Secara positifnya juga , penerima2 BR1M yang terkesan dengan kenaikan harga minyak petrol sebanyak RM 0.20 (dulu RM1.90 sekarang RM2.10) mungkin boleh anggap kenaikan RM0.20 itu 'dikembalikan' kepada mereka dalam bentuk wang BR1M .  Untuk yang menerima RM650 bantuan BR1M , sebanyak 3,250 liter petrol dalam kadar RM 1.90 telah 'dikembalikan' kepada mereka .( RM450 , 2,250 liter dan RM300 , 1500 liter .)

Oleh yang demikian, penulis melihat bantuan BR1M yang diberikan ini berupaya mengimbangi kenaikan langsung beberapa barangan asas, sekurang-kurangya untuk tempoh 12 bulan . Walau bagaimanapun ia terpulang kepada kebijaksanaan mereka yang menerimanya untuk berbelanja .Apa yang pasti, kerajaan dah dah pulangkan duit2 subsidi yang dikurangkan kepada mereka yang layak menerima melalui BR1M . Tambahan pula untuk tahun ini, penerima2 BR1M mendapat manfaat dengan perlindungan insuran i-BR1M sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun.

Thursday, February 20, 2014

Tabung Kemanusiaan Syria : Pendemo BERSIH, TURUN dan HIJAU Mampu Kumpul Sumbangan Cecah Setengah Juta Ringgit ?

Sepanjang krisis Syria berlaku , pelbagai kecaman dibuat terhadap pihak pentadbiran negara itu yang dikatakan menzalimi rakyat tidak terkecuali kanak-kanak . Pemimpin politik negara ini dari kedua-dua belah pihak samada dari BN dan PR turut mengecam tindakan yang zalim tentera Syria itu.


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar antaranya berkata ;

“Pakatan Rakyat mengecam keras pembunuhan lebih daripada 90 orang awam di Syria Jumaat lepas di mana 32 adalah kanak-kanak di bawah umur 10 tahun." - May 30 , 2012

Pada 19 Disember 2012 pula kerajaan Negeri Selangor  merangka untuk berbincang bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi membenarkan semua masjid di Selangor membuka tabung ‘Kemanusiaan Rakyat Syria’ sebagai usaha meringankan bebanan umat Islam Syria.

Selain pemimpin politik terdapat beberapa syarikat dan NGO turut melancarkan kempen bantuan masing2.

Pada 16 Feb 2012 , Islamic Relief Malaysia (IRM) lancar Tabung Krisis Kemanusiaan Syria.

NGO Haluan Malaysia pula mengadakan tinjauan di sempadan Syria-Jordan dalam bulan March 2012 bagi mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di negara itu seterusnya merangka misi bantuan ke Syria. Pada 27 Nov hingga 4 Dis 2012 , sukarelawan Haluan telah menghantar sedikit bantuan ketika musim sejuk di negara bergolak itu.

Pada 13 Sep 2013,syarikat korporat Media Prima Berhad melancarkan Tabung Kemanusiaan Syria Media Prima Berhad .

Di atas hanya lah dinyatakan beberapa usaha yang dibuat oleh pemimpin parti politik, syarikat dan NGO di Malaysia dalam meringankan beban yang ditanggung rakyat Syria . Terbaru , BAKTI melalui isteri PM , telah menyerahkan sumbangan sebanyak USD150,000 bagi membantu pelarian kanak-kanak Syria di sempadan Jordan. Dari artikel Rakyatnews ;

Yang DiPertua BAKTI dan Penaung Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, sumbangan yang berjumlah RM 330 ribu daripada Tabung Kesejahteraan Kanak-kanak Sedunia dan RM 165 ribu daripada BAKTI diharap dapat membantu meringankan keperitan hidup kanak-kanak pelarian Syria.

“Saya harap sumbangan ini dapat dibelanjakan dengan berhemah bagi memberi perubahan dan mewujudkan satu kesan dalam hidup kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini“Saya percaya walaupun sumbangan ini kecil nilainya, namun diharap dapat meringankan beban dan mengurangkan rasa sedih yang di alami,” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia dan BAKTI di Kompleks Sri Perdana, hari ini.

artikel penuh klik sini

Apa yang penulis cuba sampaikan disini ialah konsistensi kita dalam membantu saudara-saudara seagama di negara2 yang dilanda peperangan dan musibah . Misalnya semasa di awal krisis Syria berlaku , beberapa pemimpin politik dilihat cuba meraih populariti dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan . Namun kenyataan hanya tinggal kenyataan, tiada tindakan susulan dan berterusan . Tapi kalau bab berdemonstrasi bukan main konsisten dan galak sekali, sanggup dibuat pelbagai cara nak mengapi-apikan rakyat. Selepas satu , satu lagi demonstrasi , jadi kalau kemaruk sangat demonstrasi buat jugak collection tabung amal dan umum jumlah kutipan setiap kali demonstrasi tamat, nampak lah faedahnya sikit.

Kononnya Pakatan Rakyat mampu untuk mengumpul puluhan ribuan orang untuk berdemonstrasi di jalanan , bayangkan jumlah derma yang mampu dikumpulkan oleh puluhan ribuan orang ini bagi membantu rakyat di Syria , dulu pernah gebang dapat kumpul sampai 50 ribu orang pendemo, kalau sorang pendemo derma RM10 , dah cecah RM500,000 . Tapi boleh percaya ke dengan yang tukang kutip sumbangan ni ? Nanti kes tabung Memali jadi lagi, ada jugak yang jadi tukang sauk nanti . Apa pun ceritanya, Tabung Kesejahteran Kanak-kanak Sedunia dan Bakti dibawah naungan Rosmah dah menderma sebanyak RM500 ribu , tabung di bawah naungan PR atau mana2 organisasi pro-PR bila lagi ?

Tuesday, February 18, 2014

Merajuk Tak Dapat Bolot & Kawal Dana Untuk Kaum India, Waythamoorthy letak jawatan?

Semasa berita Waythamoorthy mengumumkan perletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri, sebenarnya terasa lega sikit hati penulis. Maklum lah orang ini pada satu ketika dulu pernah jadi pembuat onar dalam negara, maka tak mustahil bila dia dilantik jadi Timbalan Menteri selepas BN menang PRU-13, dia boleh jadi seperti parasit merosakkan BN dari dalam.

Waythamoorthy mendakwa kerajaan tak tunaikan janji untuk membantu kaum India, sebenarnya apa yang dikatakan oleh Waythamoorthy ini satu pembohongan yang amat besar. Sama seperti pembohongan yang beliau lakukan semasa perhimpunan HINDRAF. Dari cakap2 orang Waytha tak berpuas hati bila 'fund' yang beliau mintak tak diluluskan PM.

Macam mana PM nak luluskan 'fund' kalau segala dana dan peruntukan untuk orang India di Malaysia ni dia nak bolot? Ewah banyak cantik ??? Semua duit lu pegang, senang sikit agih2 pada lu punya kroni kot? Orang2 India yang betul2 miskin dan susah dapat tulang saja lepas habis diagihkan pada kroni?

Banyak lagi pertubuhan India lain yang minta 'fund' dari PM dan Waythamorthy dikatakan nak bolot dana2 itu. Berikut adalah artikel Rakyatnews mengenai pandangan KJ berkenaan isu perletakan jawatan Waythamoorthy.

KUALA LUMPUR 18 Feb - Bekas Timbalan Menteri di Jabatan perdana Menteri P Waythamoorthy tidak seharusnya bertindak terburu-buru untuk membolot dana komuniti India ekoran tindakan tersebut bukanlah cara kerajaan pusat bekerja.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin berkata, kerajaan sentiasa komited untuk membantu warga India namun tindakan Waythamoorthy tidak boleh diberikan toleransi.

"Kenyataannya, Waythamoorthy meminta semua bajet komuniti India diletakkan dibawah pertimbangannya. Itu bukannya cara kerajaan beroperasi.

"Waythamoorthy mahu mengawal dana, melengakaui kementerian dan agensi (kerajaan). Bila dia tidak dapat itu semua, die letak jawatan dan menyalahkan Perdana Menteri," katanya menerusi laman sosial twitternya, hari ini.

Waytha meletakkan semua jawatannya dalam kerajaan termasuk sebagai timbalan menteri kabinet dan ahli Dewan Negara berkuatkuasa 10 Feb lalu dengan mendakwa barisan Nasional (BN) tidak komited untuk membela nasib komuniti India.

Tambah Khairy, kerajaan tetap komited untuk membela nasib komuniti India sungguhpun ketiadaan Pengerusi Hindraf itu dalam barisan menteri kabinet.

"Walaupun tanpa Waythamoorthy, kerajaan tetap kominet membangunkan komuniti India dan menyelesaikan isu-isu seperti kerajaan, kemiskinan dan lain-lain.

"Waythamoorthy tidak seharusnya menyalahkan Perdana Menteri diatas kegagalannya membuat perubahan. Dia tidak memberikan kerjasama dan tidak efektif untuk membela hala tujunya," katanya lagi.

Monday, February 17, 2014

Saifuddin Nasution Kata Zaid Ibrahim 'Proksi' UMNO

Dalam PKR kita tau memang ada yang berpuak-puak , team Anwar , team Azmin , team Khalid Ibrahim dan macam2 team lagi lah . Dan kita tau antara yang menyerlah di dalam team Anwar ialah Rafizi Ramli, Tian Chuan dan Saifuddin Nasution si Mat Bulan . Dalam satu sidang media yang diadakan hari ini , 17/2/2014 , Saifuddin Nasution menuduh Zaid Ibrahim yang mahu bertanding dalam PRK Kajang sebagai proksi UMNO.


Zaid Ibrahim sebelum ini mengaku mahu bertanding di PRK Kajang atas sebab mempertahankan MB Selangor yang sedia ada iaitu Khalid Ibrahim . Boleh dikatakan PRK Kajang ni macam "battlezone for anak Ibrahim" . Kalau Zaid bertanding dan Anwar kalah maka selamatlah jawatan MB Khalid Ibrahim . Apa kena mengena pulak si Saifuddin Nasution tuduh Zaid ni proksi UMNO , patutnya kalau nak tuduh fitnah saja Zaid tu proksi si Khalid .

Penulis nampak ni semua strategi PKR untuk alih isu sebenar mengenai PRK Kajang . Isu sebenarnya PRK Kajang ni tak perlu pun diadakan sebab PKR dah menang kerusi Kajang tu, tapi di sebabkan tamak haloba kuasa individu2 tertentu , mereka ambik jalan mudah dengan menyusahkan semua orang untuk mengundi semula disamping menghabiskan wang untuk proses ini dilakukan semula. Memang nyata sekali tindakan ini dah menimbulkan ketidak puasan hati ramai pihak termasuk di kalangan PR sendiri .

Jadi untuk mengendurkan suasana tidak puas hati di kalangan mereka sendiri , maka jalan keluarnya ialah menjadikan UMNO sebagai 'punch bag' . Sekarang mereka cuba melaga-lagakan MCA dan UMNO untuk wakil BN yang akan bertanding dalam PRK Kajang . Contoh lain ialah isu Zaid Ibrahim yang bertanding ni , UMNO jugak yang salah , entah apa lagi yang akan ditimbulkan untuk memesongkan perhatian rakyat dari isu sebenar iaitu PRK Kajang ni sepatutnya tak diadakan.

Sunday, February 16, 2014

Teresa Kok Di Laknat Kumpulan Professional Cina

"Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" , mungkin itu lah yang difikirkan oleh sekumpulan professional kaum Cina yang membuat sidang media khas hari ini bagi menyelar tindakan Teresa Kok menerbitkan video Youtube "Onederful Malaysia" yang hangat diperkatakan hingga ke hari ini . Kesan dari penyebaran video yang dimuat naik oleh Teresa itu telah mengundang kemarahan ramai pihak khususnya orang Melayu . Perkataan "malai si" yang diucapkan dalam video itu menjadi satu kontroversi besar walaupun Teresa menyatakan ia adalah salah faham atau silap penafsiran dari orang2 Melayu sendiri . 


Tak kisah lah samada silap tafsir atau tidak Teresa sepatutnya lebih sensitif , adakah beliau tidak terfikir risiko mengenai "salah tafsir" ini sebelum memuat naik video berkenaan ? Kenapa perlu gabungan dua dialek seperti yang didakwa Teresa ? Kenapa tidak gunakan satu dialek saja supaya ? Ini lah antara persoalan-persoalan yang ditimbulkan di komentar2 laman sosial apabila video itu disiarkan.  Penulis percaya ada di kalangan masyarakat Cina yang berasa marah dengan tindakan bodoh Teresa yang memulakan Tahun Baru Cina dengan sesuatu yang amat menjelekkan . Mungkin ada di kalangan mereka sudah menganggap Teresa seperti pembawa 'suwey' untuk Tahun Kuda ini. 

Di dalam sidang media yang berlangsung tadi (15/2/2014) ,wakil kumpulan professional dari kaum Cina yang terdiri daripada seorang peguam, ahli psikologi, dan seorang pelatih korporat menyatakan tindakan Teresa itu tidak membantu kepada pembangunan sebuah negara yang harmoni . Selain itu bagi mereka, penyebaran video itu juga telah menyebabkan pelbagai emosi negatif yang timbul terutama dari golongan muda. Peguam, Ryan Ng Chua Yie berkata ;

 "Sepatutnya Teresa menerbitkan video mengenai apa yang beliau telah lakukan untuk negara sejak setahun lalu. Apakah matlamat beliau untuk masa depan. Itu yang rakyat mahu lihat."

"Harapan masyarakat kepada wakil rakyat adalah tinggi. Kita mahu semua wakil rakyat tidak terlibat dalam tindakan yang boleh mencetuskan kontroversi dalam negara yang pelbagai kaum dan agama,"

Penulis percaya sidang media ini dibuat bagi menyakinkan orang Melayu terutamanya yang menjadi semakin marah dengan video yang dibuat oleh Teresa itu bahawa bukan semua orang Cina bersikap tidak sensitif seperti Teresa Kok khasnya dan beberapa orang pemimpin DAP lain yang rasis secara umumnya .

Kumpulan professional Cina ini mungkin berpendapat mereka harus melakukan sesuatu untuk menyejukkan keadaan gara-gara video bodoh dan menghina ynag dibuat oleh Teresa Kok . Mungkin bagi mereka, persepsi orang Melayu terhadap orang Cina perlu dibetulkan segera sebelum sesuatu yang lebih serius berlaku hanya disebabkan tindakan bodoh dan biadap Teresa Kok . Adalah tidak berbaloi berprasangka sesama kaum hanya disebabkan 'seekor langau' .

Seorang pengamal pendidikan, Loh Wei Jing, yang hadir dalam sidang media itu berkata, tindakan Teresa itu telah mencemar imej kaum Cina . 

"Ini bukanlah yang kita buat sebagai seorang berbangsa cina terutama ketika menyambut Sambutan Tahun Baharu Cina," 

Sorang lagi wakil yang hadir dalam sidang media berkenaan berkata apa yang berlaku sekarang rentetan penyiaran video itu menunjukkan sikap Teresa yang hanya berani bercakap di belakang tetapi menikus apabila berdepan dengan pelbagai respon samada dari kerajaan atau masyarakat umum . Alex menyamakan tindakan Teresa dan pelakon2 dalam video itu seperti pepatah  'Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor'.

Dengan sidang media yang diadakan ini, jelas sekali terdapat riak-riak di kalangan masyarakat Cina yang menentang dengan pendekatan politik agresif yang cuba di mainkan Teresa . Kumpulan ini tidak semestinya dari golongan yang menyokong BN tetapi mereka sedar apa yang dibuat oleh Teresa ini sekiranya tidak dihentikan boleh mengundang kepada sesuatu kemudaratan yang besar . Sekiranya tiada bantahan2 terbuka seperti yang dibuat oleh kumpulan professional kaum Cina ini , tidak mustahil akan ada lagi video-video yang serupa . Dan mungkin ramai di kalangan kita yang sedar sekiranya ia menjadi semakin tak terkawal maka 'peperangan' yang selama ini berlaku di alam maya tak mustahil akan di bawak ke dunia yang sebenar .

sumber :

1. http://www.rakyatnews.my/index.php/20140215139222/ekslusif/kumpulan-profesional-cina-teresa-kok-tiada-krelibiliti-seorang-pemimpin

2. http://www.rakyatnews.my/index.php/20140215139172/ekslusif/pengamal-pendidikan-teresa-cemar-imej-kaum-cina

3. http://www.rakyatnews.my/index.php/20140215139132/ekslusif/teresa-umpama-jauh-menyalak-kuat-dekat-mencawat-ekor-aktivis

Friday, February 14, 2014

Projek RM 1 Billion : Wakil Goldsino Sebut Berulang Kali Mereka Kenal Teresa Kok


Hari ini blogger The DAP Insider sekali lagi mengeluarkan artikel mengenai projek Solar Photovoltaic Power Plant . (sumber artikel : http://thedapinsider.blogspot.com/2014/02/chapter-2-chronology-in-early-stage-of.html) Artikel kali ini menunjukkkan kronologi bagaimana projek Solar Photovoltaic Power Plant ini diberikan kepada Goldsino Investment yang mana penulis artikel The DAP Insider itu percaya mempunyai kaitan dengan Teresa Kok .

Dalam artikel yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu , beberapa 'point' menarik dinyatakan oleh blogger berkenaan antaranya ;

"Goldsino started the presenting their paperwork on Solar Photovaltaic Power Plant project. Goldsino repeatedly mentioned that they knew Teresa KOK. "

"Goldsino representative urged Yayasan Selangor to come out with MOU so that the signing ceremony would be held on December 2011 as the company president were around in KL during that time."

"Business Development Manager introduced Goldsino representatives to Yayasan Selangor representatives. According to Development Manager, they are from China but already stayed in Malaysia for quite sometimes. Goldsino started their presentation stated the reason and objective to develop Solar Energy. According to them, the first project by them already started in Perak."

"Yayasan Selangor proposed that Goldsino to submit their documents using local registered company to ease the application process before Yayasan Selangor can issue out any letter. "

"With the chronology and evidence attached, showed that there is plans to bring in foreign fund to Selangor through Yayasan Selangor on the proposed project."

Point-point di atas antaranya menerangkan bagaimana wakil dari Goldsino (pada 14 Dec 2011) berulang-kali menyatakan bahawa beliau mengenali Teresa Kok . Jadi apa tujuan beliau berbuat demikian ? Adakah disebabkan beliau dah diajar cara untuk bercakap apabila berjumpa dengan pegawai2 Yayasan Selangor ?

Selain itu wakil Goldsino juga meminta Yayasan Selangor untuk mengeluarkan MoU (memorandum persefahaman) supaya upacara tandatangan boleh diadakan pada Dec 2011 kerana Presiden syarikat itu sedang berada di Kuala Lumpur . Secara kebetulan pula Presiden Goldsino ada di Kuala Lumpur ? Seolah-olah dinasihatkan orang tertentu bahawa Goldsino pasti akan berjaya dengan perbincangan bersama Yayasan Selangor.

Pada 27 Dec 2011 , pengurus pembangunan perniagaan Goldsino memperkenalkan lain2 wakil Goldsino pada wakil Yayasan Selangor . Menurut wakil Goldsino itu , mereka berasal dari China tetapi telah menetap di Malaysia untuk satu tempoh yang agak lama . Mereka juga berkata bahawa projek pertama mereka telah berjalan di negeri Perak . Mungkin ramai yang tahu bahawa pada tahun 2008, DAP telah menguasai Perak melalui proksi mereka PAS di mana Nizar dilantik sebagai MB , mungkin sudah banyak percaturan dan projek yang telah ditandatangani dalam tempoh yang singkat itu sebelum diambil alih oleh BN pada 2009.

Dalam mesyuarat itu juga , pengerusi mesyuarat menasihatkan supaya Goldsino menghantar dokumen2 mereka melalui syarikat tempatan untuk memudahkan permohonan . Tak dinyatakan dalam artikel itu nama syarikat , mungkin akan dikeluarkan dalam artikel akan datang The DAP Insider . Tapi kalau tak keluar pun kita masihboleh siasat .

Penulis The DAP Insider juga berpendapat terdapat rancangan untuk membawa masuk wang asing ke Selangor melalui Yayasan Selangor dengan projek solar yang dicadangkan . Bila bercakap mengenai membawa masuk mata wang asing ke negara ini , pelbagai spekulasi pasti timbul tambahan pula dengan bagaimana projek ini begitu cepat mendapat kelulusan Yayasan Selangor ? Bukan niat untuk menuduh , namun perkara-perkara yang menimbulkan keraguan seperti ini haruslah disiasat tambahan pula ia melibatkan aliran wang yang besar dari luar negara .

Thursday, February 13, 2014

AKUJANJI PRU-13 PKR : RM 5 JUTA KALAU LETAK JAWATAN /DIPECAT ATAS APA JUA ALASAN


Sebelum PRU-13 yang lepas , PKR telah mewajibkan mereka yang bertanding di bawah tiket parti itu menandatangani aku janji supaya tidak melompat parti atau mengosongkon kerusi yang dimenangi atas apa-apa alasan sekali pun . Ini boleh dirujuk kepada surat perjanjian seperti yang dipaparkan di bawah , sumber diperoleh dari artikel Raja Petra di portal Malaysia Today bertajuk 'How Lee was spared RM5 million' . Mereka yang tidak mematuhi akujanji berkenaan akan dikenakan tindakan untuk membayar sejumlah RM5 juta kepada parti. Raja Petra dalam artikel seperti tajuk yang dinyatakan di atas mempersoalkan bagaimana bekas ADUN Kajang dikecualikan dari membayar RM5 juta kerana melanggar aku janji seperti yang telah ditandatangani sebelum ini.



Dengan merujuk kepada isi kandungan aku janji itu , perkara 1.4.1 menyatakan seperti berikut :-

"I resign or is expelled from the Party for any reason whatsoever or I declare that I shall be an independent member or I shall join any other political party or group"

Pada 27 January 2014 , Speaker Selangor Hannah Yeoh telah mengumumkan perletakan jawatan ADUN Kajang , Lee Chin Yeh , untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di kerusi DUN yang dikosongkan itu . sumber :  Malaysian Insider

Sekiranya dirujuk kepada aku-janji yang dibuat oleh parti PKR itu sendiri , jelas sekali Lee telah melanggar terma-terma yang dinyatakan . Menurut perkara 1.4.1 dalam aku-janji berkenaan , Lee sepatutnya membayar kepada parti sebanyak RM5 juta kerana beliau telah meletak jawatan walaupun alasannya adalah kerana arahan daripada pemimpin tertinggi parti . Jelas tercatat dalam aku-janji berkenaan , tindakan tetap dikenakan sekiranya letak jawatan dengan apa alasan sekalipun. 

Pada PRU-13 yang lepas, 80 peratus calon PKR yang bertanding (termasuk Lee) dikehendaki menandatangani aku-janji ini, manakalan selebihnya dikecualikan.  Mungkin menyedari mengenai terma2 ini maka Lee telah bertemu dengan Anwar , 3 jam sebelum pengumuman perletakan jawatan beliau bagi memastikan beliau tak dikenakan tindakan membayar RM5 juta. 

Berikut adalah petikan kenyataan beliau dari temubual dengan portal The Malaysian Insider .

 Lee said he had a five-minute meeting with Anwar, three hours before he handed his resignation letter to state speaker Hannah Yeoh.

"I wanted to know whether I would be penalised if I quit as all elected representatives were required to sign a contract before GE13. I also wanted confirmation that he would be standing there and thankfully, he put my mind at ease." sumber : Malaysian Insider

Beberapa persoalan ditimbulkan oleh Raja Petra dalam artikel beliau iaitu siapa calon-calon yang dikecualikan daripada menandatangani aku-janji atau bon RM5 juta itu ? Adakah 80% calon-calon lain yang bertanding atas tiket PKR tidak boleh dipercayai ? Apa keistimewaan 20% calon yang tidak menandatangani bon berkenaan . Jelas sekali ini bertentangan dengan prinsip keadilan yang kononnya di bawa oleh PKR . Apa salahnya semua sekali yang bertanding atas tiket PKR pada PRU-13 yang lepas menandatangani aku-janji /bon berkenaan ?

Ini menunjukkan betapa kepimpinan tertinggi PKR memandang serius dengan isi kandungan aku-janji/bon yang disediakan sendiri oleh mereka. Mungkin bimbang terbelit dengan tindakan undang2 akibat isi kandungan bon yang disediakan mereka sendiri , maka 20% calon PKR yang lain diberi 'keistimewaan' berbanding calon2 lain . Namun demi percaturan politik PKR , maka apa yang termaktub dalam aku-janji/bon berkenaan diabaikan apabila Lee meletak jawatan sebagai ADUN Kajang.

Sekiranya selepas ini ada Ahli Parlimen atau ADUN PKR yang dikenakan tindakan membayar RM5 juta kerana melanggar aku-janji/bon ini, maka peguambela mereka dinasihatkan agar merujuk kepada kes perletakan ADUN Kajang ini. Mungkin juga rujukan isu ini baik untuk Khalid Ibrahim pertimbangkan sekiranya jangka hayat jawatan beliau sebagai MB Selangor dijangkakan tamat bila Anwar Ibrahim memenangi DUN Kajang dalam PRK yang akan datang.

Sekiranya Khalid turut menandatangi bon ini, beliau mungkin rasa terancam untuk menunjukkan penentangan secara terbuka. Maklum lah kalau tunjuk tentangan secara terbuka boleh akibatkan beliau dipecat ,kalau dipecat oleh parti pun dah nyata kena bayar RM5 juta jugak . Jadi Khalid boleh persoalkan hal ini kalau benar-benar berlaku . Sebab untuk kes Lee , tak sebut pun dalam aku-janji/bon beliau boleh letak jawatan sekiranya di arahkan parti, maka untuk sebab itu tuntutan RM5 juta ke atas Lee itu sentiasa 'valid' .


Wednesday, February 12, 2014

Khalid Ibrahim dipujuk sertai PAS dan tinggalkan PKR ?


Artikel dari portal Rakyatnews yang bertajuk "PAS Pujuk Khalid Tinggalkan PKR?" menguatkan lagi spekulasi bahawa memang berlaku sedikit kemelut di antara PKR dan PAS dalam gabungan Pakatan. Tindak tanduk 'warlord2'  dalam PKR dipercayai telah mengundang rasa kurang senang beberapa pemimpin PAS terutama dalam isu yang berkaitan dengan perletakan jawatan ADUN Kajang yang dikatakan tidak melalui sebarang perbincangan dengan pemimpin2 PR yang lain malah hanya beberapa individu dalam PKR sendiri yang mengetahui mengenai perkara ini, ini mungkin termasuk MB Selangor itu sendiri .

PAS mungkin merasakan PKR terlalu menonjol dalam gabungan Pakatan, juga seolah-olah menjadi jurumudi dalam gabungan PR , sedangkan kerusi DUN yang dimenangi PKR adalah paling sedikit berbanding DAP dan PAS . Mungkin di atas alasan-alasan ini, PAS telah memulakan gerakan untuk melemahkan PKR dengan membuat tawaran kepada pemimpin berpengaruh dalam PKR seperti Khalid Ibrahim .

Penulis percaya, memang telah wujud perasaan tidak senang parti PAS dengan PKR selama ini terutama dengan isu DUN Kajang baru-baru ini. Namun ia mungkin tidak dizahirkan secara terbuka bimbang dengan sokongan pengundi-pengundi bukan Islam terhadap mereka . PAS mendapat sokongan pengundi2 bukan Islam hanya kerana kesepakatan mereka dalam gabungan PR. Mereka berkemungkinan hilang sokongan2 ini bila membuat tentangan secara terbuka terhadap PKR dan DAP .

Dari artikel Rakyatnews ;

KUALA LUMPUR 12 Feb - Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim di dakwa pernah dipujuk oleh pemimpin PAS untuk meneyertai parti tersebut sekaligus keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Menurut Sumber, perkara tersebut berlaku dalam satu pertemuan antara Khalid dan pemimpin dari PAS susulan kemelut perebutan kuasa Menteri Besar bersama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

"Memang ada pertemuan itu sebelum ini yang membincangkan kedudukan Abdul Khalid di Selangor ekoran daripada masalah politik yang dihadapi dalam pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor.

"Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak memberikan sebarang persetujuan mengenai perkara itu kerana dikatakan tidak mahu dianggap sebagai 'mengejar jawatan Menteri Besar' sekiranya bertindak keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat PAS mahupun wakil rakyat bebas," katanya kepada media baru-baru ini.

Sebelum ini, kemelut perebutan kuasa Menteri Besar sering dilaporkan oleh media sehinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terpalit dengan kemelut politik Azmin-Khalid mengakibatkan 23 pekerja kontrak perbadanan tersebut dipecat.

Azmin kemudiannya secara terbuka mengecam pemecatan tersebut dengan mendakwa Khalid menghapuskan musuh politiknya menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar.

Khalid turut dikecam dari dalam parti selepas beberapa pihak dalam PKR mendesaknya berundur dan menggantikan posisi nombor satu negeri kepada individu lain.

Sementara itu, Anwar juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pernah membuat perbincangan dengan Menteri Besar untuk bertukar jawatan yang disandangnya di Selangor sebagai Penasihat Ekonomi bersama Khalid.

Walaubagaimanapun, perkara tersebut mendapat tentangan dari PAS apabila Setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman mengingatkan PKR supaya tidak membincangkan isu kedudukan Menteri Besar berikutan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang kian hampir.

Katanya, perbincangan berterusan mengenai perkara tersebut akan menyukarkan kerja kempen jentera PAS di DUN Kajang.

Tuesday, February 11, 2014

Lagi Pengguna Facebook Bermaharajalela Hina Islam dan Institusi Kesultanan

Baru-baru ini dalam satu artikel yang dikeluarkan dalam Malaysia-Today bertajuk "Selangor Dukung Titah Sultan Isu Kalimah Allah" , satu komen yang berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor telah dikeluarkan oleh pengguna Facebook yang menggunakan ID Josephine Mary. Berikut adalah komentar yang dikeluarkan untuk penilaian anda ,




Penulis percaya akaun Josephine Mary adalah akaun palsu yang dibuat untuk mengenakan individu seperti yang tertera dalam gambar . Penulis yakin individu sebenar seperti dalam gambar kenal dengan individu yang cuba memburukkan beliau menggunakan akaun palsu Facebook di atas . Ini kerana melalui posting2 sebelum ini , jelas pengguna akaun palsu itu berniat memburukkan individu seperti tertera di dalam gambar , lihat caption posting di bawah ini.


Penulis percaya ini kerja budak sekolah yang pendek akal , tapi budak ini akan besar dan akan jadi bertambah kurang ajar . Harap jangan ada pihak terburu-buru 'belasah' individu yang ditunjukkan dalam gambar sebab dia adalah mangsa keadaan , kita patut cari individu sebenar . Jadi tindakan yang penulis sarankan ialah :- 

i. Buat laporan di balai polis
ii. Cari individu seperti yang tertera dalam gambar (dipercayai berada di Kajang)
iii. Polis soal siasat individu berkenaan samada dia kenal dengan sesiapa yang berdendam dengan dia
iv. Maklumat dah ditunjuk seperti caption di atas , orang yang memfitnah menyatakan kawan beliau ada dalam penjara di sebabkan perempuan ini.

Harap jangan dibiarkan lama2 benda2 macam ni . Makin dibiar makin besar kepala . Kalau yang ni dibiar , akan menyebabkan lebih banyak bangsat2 di luar sana jadi lebih berani . Harap disebarkan hal ini hingga menjadi viral . Posting si celaka ni jelas nak melaga-lagakan agama Islam dan Kristian yang sememangnya dah panas sekarang . Mohon di abaikan perbezaan politik dan sebarkan . 


Monday, February 10, 2014

Tanya Teresa Kok : Apa Cerita LOI Projek RM1 Billion Dalam Tempoh 14 Hari ?

Sikap biadap Teresa Kok yang ditonjolkan dalam video Youtube 'Onederful Malaysia' semasa perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini menimbulkan kemarahan ramai pihak termasuk dari kaum Cina sendiri. Teresa walau bagaimanpun berkeras menafikan video yang dikeluarkan oleh beliau itu mengandungi penghinaan dan menyentuh beberapa perkara sensitif termasuk yang membabitkan kaum dan agama.


Penafian yang dibuat oleh Teresa itu dilihat sebagai langkah untuk menyelamatkan diri setelah dikecam hebat pelbagai pihak. Mereka yang mengecam tindakan Teresa menganggap video berkenaan seperti mempunyai satu mesej tersembunyi berunsur penghinaan walaupun tidak dinyatakan secara jelas.

Sikap hipokrit atau talam dua muka Teresa Kok terserlah apabila bekas pembantu beliau sebelum ini  telah mendedahkan sikap si 'komunis' betina ini. Sebelum ini, Teresa dikaitkan dengan isu berkaitan wang bantuan untuk ibu tunggal . Bekas pembantu beliau, Tony Tan dalam rakaman video di bawah membongkarkan mengenai perkara ini .


Antara petikan yang menarik dalam video di atas ialah ;

"Apabila saya pergi MACC buat laporan, Teresa Kok dia bawak semua itu ibu-ibu tunggal katakan saya ada fitnah dia, dia keluarkan satu surat, katakan mau saya minta maaf, dia mau sue saya 10 million ! Sampai hari ini dari bulan 8 , 2012 samapi sekarang saya tak terima langsung apa-apa lawyer punya surat"

Hari ni 10 Feb 2014 , satu lagi pendedahan yang mengejutkan mengenai Teresa Kok telah dikeluarkan oleh blogger The DAP Insider . Ia berkaitan dengan isu bagaimana sebuah syarikat asing dari China iaitu Goldsino Investment Development Limited mengirim surat niat (LOI atau Letter of Intent) kepada Yayasan Selangor untuk pembangunan projek "Solar Photovoltaic Power Plant" di atas tanah Yayasan Selangor di Dengkil dan Kuala Kubu Baru . Rujuk salinan surat di bawah ;

sumber : http://thedapinsider.blogspot.com/2014/02/chapter-1-devil-in-disguised-who-is.html



berikut adalah antara petikan menarik dari blog The Dap Insider ;

"On 14th. December  2011, Yayasan Selangor received a Letter of Intent from Goldsino Investment Development Limited which based in Zhuhai China to start a Solar Photovaltaic Power Plant project on both mentioned land. Proposal to lease it out for 25 years and this project estimated worth up to RM 1 billion. On the first meeting, 2 representatives from Goldsino Investment Development Limited were present and mentioned that they knew Teresa KOK."

Penulis blog berkenaan mendakwa , Yayasan Selangor telah menerima LOI dari Goldsino Investment Development Limited yang berpusat di Zhuhai China untuk memulakan projek Solar Photovolataic di atas tanah Yayasan di Dengkil dan Kuala Kubu Baru. Tanah itu dicadangkan penyewaannya selama 25 tahun dan projek ini dianggarkan bernilai sehingga RM 1 billion . Dalam mesyuarat pertama syarikat itu dengan Yayasan Selangor, 2 wakil syarikat itu mengakui bahawa mereka mengenali Teresa Kok . Mungkin ini tidak mengejutkan kerana semasa memegang jawatan EXCO Kerajaan Negeri Selangor , Teresa memegang portfolio Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan , mungkin beliau telah terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan mereka ini.




Apa yang menimbulkan persoalan ialah bagaimana dengan mudah syarikat Goldsino Investment ini diberikan LOI , dan kenapa tidak di adakan tender secara terbuka yang dibangga-bangga oleh kepimpinan PR Selangor . Nilai projek RM 1 billion adalah satu jumlah yang besar , mungkin kah akan ada tawaran yang lebih baik sekiranya tender ini dilakukan secara terbuka ? Melalui apa yang dinyatakan oleh blog The DAP Insider , LOI diserahkan Yayasan Selangor kepada Goldsino pada 28 Disember , sehari selepas mesyuarat. Kesemua proses ini dilihat berlaku dengan cepat sekali bermula dengan surat yang dihantar pada Yayasan Selangor pada 14 Disember ! Hanya dalam tempoh 14 hari komunikasi satu projek bernilai lebih kurang RM1 billion dimuktamadkan. 

Blog The DAP Insider turut menimbulkan persoalan mengenai keperluan pembinaan projek "Solar Photovoltaic" di Selangor ini sedangkan Selangor jarang mengalami masalah kekurangan tenaga . Penulis pula melihat dari satu sudut , tidak mustahil dengan kepesatan pembangunan di Lembah Kelang , 'demand' terhadap keperluan tenaga elektrik ialah sesuatu yang meruncing . 

Cuma dalam industri tenaga itu sendiri ia melibatkan kepada beberapa peringkat iaitu yang utama penghasilan tenaga, dan penghantaran tenaga kepada pelanggan . Sekiranya loji kuasa elektrik bersumberkan tenaga solar di buat di Dengkil dan Kuala Kubu , bagai mana tenaga yang dihasilkan ini nak dijual kepada pengguna ? Dah tentu kena ada talian tenaga , dan talian tenaga sedia ada milik TNB . Bagaimana nak hantar tenaga dari solar photovoltaic plant di Kuala Kubu Bharu ke area Lembah Kelang kalau projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Rawang gagal di siapkan disebabkan kerenah 20-40 keluarga Cina di Kampung Terentang? Mampukah kerajaan Selangor nak buat 'distribution line' yang baru ?

Berbalik kepada isu asal , apa istimewa sangat syarikat Goldsino dari China (yang katanya kenal dengan Teresa Kok) ini kepada kerajaan Selangor hingga mendapat LOI melalui rundingan terus untuk projek RM 1 billion dalam tempoh 14 hari ? Bagaimana Teresa Kok dikaitkan dengan penglibatan dalam projek ni ? Dari maklumat yang diberikan , persoalan timbul bila seorang wakil bernama Kok Chee Keong hadir dalam mesyuarat mewakili Goldsino, pendedahan yang dibuat memberikan pendapat bahawa Kok ini adalah proksi Terasa , hanya Teresa saja yang boleh menjawab samada perkara ini benar atau sebaliknya. Hal ini sebenarnya pernah didedahkan sebelum PRU-13 oleh blog Sel13 dahulu dan banyak blog-blog lain juga dah bangkitkan , dan mungkin kerana terlalu tepu dengan isu-isu lain , ramai yang dah terlupa dan tiada follow-up untuk hal ini . Mungkin kita tertanya-tanya sekarang apa yang berlaku dengan projek kelulusan 'express' ini ?? 

Sunday, February 9, 2014

Rafizi kena 'ambush' di Pulau Pinang

Ceramah jelajah GST Rafizi Ramli hari ni diserbu oleh sekumpulan NGO yang meminta pemimpin muda PKR itu menyelesaikan isu perobohan rumah milik seorang ustaz, Najib bin Darus di Waterfall, Pulau Pinang. Dari maklumat yang diterima, rumah berkenaan antara saki baki rumah milik orang Melayu di kawasan itu yang akan dirobohkan MPPP pada 28 Feb ini.


Dalam ucapannya sebelum itu, Rafizi menyatakan beliau dan pimpinan PR yang lain tidak takut untuk berjumpa rakyat tidak seperti pemimpin BN. Walau bagaimanapun, selepas ucapan itu dan selesai sesi bersama media,beberapa orang wakil dari beberapa NGO bertemu dengan beliau untuk campur tangan dalam isu perobohan rumah itu.


Rafizi dilihat tergamam dan terus mendiamkan diri selepas menerima surat berkenaan. Beliau terus berjalan menuju ke kereta sebelum meminta yang datang menyerahkan surat itu untuk balik tidur. Dalam video yang dipaparkan ini juga kedengaran Rafizi mengaitkan UMNO dalam serbuan NGO berkenaan namun dibidas apabila seorang daripada mereka menafikan tuduhan Rafizi.

Pelik betul dengan jawapan dan respon yang ditunjukkan oleh Pakar Strategi PKR, kononnya mahu bersama sama rakyat selesaikan masalah, tapi bila diminta berbuat demikian sikap yang ditunjukkan seperti acuh tak acuh malah tuduh yang datang tu orang UMNO, takkanlah sekiranya bila rakyat komplen sesuatu yang tak menyebelahi PR diaorang di cop sebagai UMNO?

Wednesday, February 5, 2014

Interview Script Between Chief Strategist of PKR and Jaba from The Malaysian InsideUs

Salam readers.. I just came across this brilliant article from The Malaysian Insider (TMI) . I believe this is what we suppose to call a satire , there's no stupid and provocative jokes touches on race, religion and some other sensitive issues. Teresa Kok should learn from this guy . The write up is quite cynical , he made the 'brilliant Rafizi' look super STUPID  . It is quite funny when he wrote ;


"Okay. You know Jaba, as the Chief Strategist of PKR, I have strategically put myself in all the strategic areas so that I could strategically strategise our strategies.

I have sent people everywhere, like spies like that you know. Then I found out that Prime Minister Najib might be removed by some dark forces, you know these dark forces arr… very not transparent one… very dark like that you know."

and the above just attract me to read more on this 'interview' - between 'Chief Strategist of PKR' and Jaba from The Malaysian InsideUs . Trust me, it would really make ur day, hmm maybe not for all of us . I guess someone (if u know who I refer 2) might have this 'pain in the S' after read the article .

original article link : http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/kajanggate-the-real-i-mean-it-the-real-reasons.-yes-its-true.-i-swear.-unco

and i fully copy & paste here .. :)

Ladies and gentlemen, my name is Jaba Sadist and welcome to the exclusive interview by The Malaysian InsideUs with a PKR insider on the issue of the moment, KajangGate. Encik Insider, thank you for agreeing to this interview and welcome to The Malaysian InsideUs.

Yes yes, tenkiu tenkiu. I, in fact, should thank you for interviewing me. Because we really need to justify, eh... I mean, explain this issue to all of you peasants, eh... I mean beloved voters.

We need to explain so that there will be no misunderstanding. We love transparency you know. You know, transparent like that.... like see through like that... so we need to go on the ground to explain this stuff you know.



I mean by going to the ground I don't mean to say we need to kiss your feet lah... but you know la what I mean Jaba kan? We need to explain. Yes. Yes.

So, can you explain KajangGate please? Like transparent like that, okay?

Okay. You know Jaba, as the Chief Strategist of PKR, I have strategically put myself in all the strategic areas so that I could strategically strategise our strategies.

I have sent people everywhere, like spies like that you know. Then I found out that Prime Minister Najib might be removed by some dark forces, you know these dark forces arr... very not transparent one... very dark like that you know.

Who are these dark forces? Darth Vader?

Yes, yes, Darth Vader and his progenies, Darth Maul, Darth Sidius, Count Dooku like that.

These sure the Sith Lords who are going to defeat Prime Minister Najib and throw him out from the Presidency of Umno.

These Sith Lords are planning planning like that you know... and my spies told me this is going to happen very soon.

So?

Aaah... this is where people like you, Art Harun and all the peasants, eh... I mean the voters, don't know.

You all don't know because you all are not Jedis like us you know. You all are... err... for the lack of a better word... sorry eh... nothing personal... but for the lack of a better word, stupid and ignorant non-politicians.

You see, if the Prime Minister is thrown out and replaced....

Err...who do you think will replace him?

My guys have strategically told me that Dr M (Dr Mahathir) will be prime minister and Zainuddin Maidin will be deputy prime minister.

But they are not even MPs.

Aaah... you see, this is where you do not see Jaba. They will declare an emergency lah.

Then Dr M will become PM and Zai will become DPM. They will declare emergency in Selangor too.

And Pakatan rakyat will never ever get to be in Putrajaya if that happened. I mean, the whole galaxy will be ruled by the dark forces. You understand?

They will declare emergency like they did in Kelantan before lah. And the worse thing is this you know I heard... when they wrest control arr... they are going to send Zul Nordin to hug all the Indians on the street every day man... I mean, how lar like that... we need to save Selangor from this la bro.

But Pakatan is firmly in control in Selangor. Kelantan was different. There was a Constitutional crisis. And nobody seemed to have a firm majority. So the government of the day declared emergency and put Kelantan under Mageran. Selangor however, is firmly and definitely under Pakatan.

This is why I said you all don't know because you all are not Jedis like us, politicians, especially PKR politicians. You have to trust me when I say I know because I know. You know?

So, assuming you are right, how would KajangGate impact on this thingy you were telling me about?

You see, we need Anwar Ibrahim to be in Selangor, as an Exco member only ya, not as MB, just an Exco member. He can then prevent all these things from happening.

So, you are putting Anwar in Selangor Exco in order to save prime minister Najib from being unseated from Umno presidency and save his job as the prime minister? Is that what you are saying?

Yes. Anwar will save the prime minister from being sacked. And by doing that, Anwar will save Selangor and the whole Malaysia from being under an emergency.

Now, you mean to say that Selangor and the whole Malaysia will only be saved if Najib continues to be the prime minister?

Yes.

Now that's ironic, no?

You see, that's why I say you don't know jack shyte about politics, Jaba. That's why you are at The Malaysian InsideUs and not with us in the Parliament.

Okay, okay... assuming you are right... how would Anwar, being an Exco member of Selangor state government, prevent what you said will happen from ever happening.

Eh, that one secret la bro.

Eh, what happen to transparency, like see through like that?

Ya lah. Transparent also got place we cannot be so transparent lah. Like all transparent how to walk in public la. Nanti semua nampak, apa hal bro?

But really, how is he going to do that?

Okay lah... you know DSAI la Jaba, he can prevent things from happening just by being there you know. I mean, I have seen him making things happen just by being there.

You see Selangor makes 2.8 billion reserve. Who is there?

Then you see, erm... what else arr... lemme see... you see... erm.... never mind lah... one example enough la okay...

Okay. Now what if what you said will happen, do not happen at all?

I promise you, Anwar will quit politics and become a lecturer. For real, this time.

And you?

I would quit and become his student. – February 5, 2014.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Pemahaman Bahasa: 'Komunis' Tua Pertikai Khutbah Jumaat Tapi Bela Teresa Kok

Video bertajuk 'Onederful Malaysia' sempena perayaan Tahun Baru Cina yang disiarkan di laman Youtube Teresa Kok baru-baru ini menimbulkan kemarahan orang ramai kerana dikatakan mempunyai unsur-unsur penghinaan terhadap pemimpin negara. Teresa dalam tulisan beliau walau bagaimanapun menafikan tuduhan itu malah mengatakan ia hanyalah satu humor politik. Dalam artikel beliau yang disiarkan di laman web Malaysiakini , Teresa antaranya menyatakan ;


 "Tuduhan bahawa saya memalukan Perdana Menteri dan isterinya adalah tidak benar kerana memang tiada dialog pelakon yang menyentuh nama mana-mana pemimpin negara, sama ada Najib atau isterinya." - http://www.malaysiakini.com/news/253425

Penulis bersetuju dengan kenyataan Teresa bahawa memang beliau tidak menyentuh nama mana2 pemimpin negara . Tetapi bagi mereka yang menonton video itu tentu faham karekter individu-individu yang cuba ditonjolkan dalam video itu seperti merujuk kepada individu tertentu. Selama ini pun PR melalui penyokong , malah dalam video-video ucapan beberapa pemimpin mereka  menggambarkan karekter PM dan isteri seperti yang ditonjolkan dalam video berkenaan.

Penafian demi penafian yang dibuat beserta dengan pelbagai bukti untuk menolak tohmahan itu seolah-olah tidak diendahkan pemimpin dan penyokong pembangkang, malah fitnah2 ini berulang kali dimainkan seolah-olah sudah tiada lagi modal untuk menghentam PM dan isteri. Mereka mungkin tidak menyebut secara jelas nama PM dan isteri, namun mereka bijak menggunakan kiasan supaya semua orang faham siapa yang dimaksudkan. Kalau nak dikira saman, entah berapa banyak tuntutan saman yang boleh dibuat terhadap individu-individu yang membuat fitnah dan tohmahan ini. Namun disebabkan hal2 teknikal seperti kiasan yang tidak menyatakan secara langsung nama individu yang difitnah, tindakan saman mungkin hanya membuang masa dan wang.

Berbalik kepada Teresa Kok , pemimpin 'komunis' DAP ini memang terkenal dengan beberapa insiden yang jelas sekali menunjukkan sikap biadap beliau yang tidak sensitif mengenai agama dan kaum di negara ini. Antaranya ialah mengenai tindakan beliau mempertikai tulisan jawi di beberapa nama jalan di Kuala Lumpur , isu menjatuhkan maruah wanita Melayu dengan video 'ketuk ketampi' pada penghujung tahun 2005, selain kenyataannya di dalam mahmakah (kes saman Utusan) bila menjawab 'tidak bersetuju' agama Islam diwartakan sebagai agama persekutuan di negara ini,begitu juga dengan video yang tersebar mengenai sikap kurang ajar si kafir ni berkeliaran di dalam masjid dengan niat tidak baik (guna masjid untuk tujuan tempat berkumpul bagi demonstrasi),  dan terbaru isu video yang jelas sekali menunjukkan beliau tidak sensitif hingga menimbulkan kemarahan orang ramai termasuk dari kaum Cina sendiri.

Penulis tidak terkejut apabila 'komunis' tua DAP Lim Kit Siang pantas mempertahankan barua yang juga anak didiknya apabila mengatakan ramai yang sebenarnya tidak faham dengan apa yang dipaparkan dalam video 'Onederful Malaysia' yang menggunakan dialog dalam bahasa Kantonis dan Mandarin itu . Lim berkata terjemahan itu disalah ertikan oleh beberapa pemimpin2 UMNO , samada salah erti atau tidak , video berkenaan jelas mempunyai sarikata dalam bahasa Inggeris yang mudah difahami semua , dan tentu sahaja beberapa perkara yang kononnya sinikal/humor telah mengundang kemarahan ramai pihak sehingga lebih 40 laporan polis dibuat.

Sekiranya 'komunis' tua Lim Kit Siang berkata orang Melayu silap tafsir maksud video 'Onederful Malaysia' yang dibuat dalam bahasa Kantonis dan Mandarin itu , maka argumen yang sama boleh juga digunakan untuk membalas kenyataan Lim apabila mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat yang diedarkan JAKIM (http://www.roketkini.com/2014/02/02/sebar-kebencian/) .

Kerajaan PR Zalim : 30 Pekerja PHSB/PKNS Dipecat Notis 24 Jam

Penulis bersimpati dengan nasib 30 kakitangan PHSB (anak syarikat PKNS) yang diberhentikan secara serta merta (notis 24 jam) seperti yang dilaporkan Bernama. Menurut Dr.Alif iaitu salah seorang pekerja yang diberhentikan itu , mereka dimaklumkan mengenai 'pemecatan' itu apabila memulakan rutin tugas seperti biasa kelmarin.

Sumber : http://www.malaysia-today.net/30-pkns-holdings-employees-dismissed-on-24-hours-notice/

Ternyata tindakan yang dibuat oleh pengurusan PKNS agak mengejutkan kerana mereka yakin tidak melakukan apa kesalahan atau melanggar apa2 peraturan syarikat milik kerajaan negeri itu. Alasan PKNS berhubung tindakan pemecatan itu ialah untuk menstrukturkan semula organisasi PKNS (termasuk PHSB) serta sumber manusia.

Penulis lihat seperti ada satu percaturan yamg sedang dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat di Selangor melalui parti PKR yang memenangi jumlah kerusi paling sedikit di negeri itu. Mula mula tindakan pemecatan Azmin Ali sebagai Pengerusi PKNS dan beberapa lagi pegawai lain, dan terbaru perkara ini berlarutan dengan pemecatan 30 orang pekerja PHSB dalam tempoh 24 jam.

Kebetulan pula semua ini berlaku dalam tempoh perletakan ADUN Kajang dan pengumuman Anwar untuk bertanding di DUN yang dikosongkan itu. Turutan isu PKNS dan DUN Kajang diokestrakan dengan cantik sekali seolah-olah ada seorang 'mastermind' di belakang. Mengenai DUN Kajang, Rafizi Ramli mengakui bahawa beliau merupakan salah seorang 'mastermind'. Dan mungkinkah keberangkalian untuk Rafizi terlibat dalam isu PKNS dan PHSB ini ada?

Penulis tertanya adakah DAP dan PAS juga terlibat dalam semua percaturan ini. Kalau dilihat wayang yang dimainkan sekarang, pihak yang beria-ia menunjuk nunjuk kuasa ialah di sebelah PKR yang mendapat ehsan dari DAP dan PAS yang diberi kepercayaan untuk jawatan MB Selangor. Seolah-olah satu platform atau tapak sedang disediakan untuk 'pasukan baru' dalam struktur pentadbiran negeri yang mungkin turut berubah tidak lama lagi.

Usahlah Rafizi berdalih dengan menggunakan alasan bodoh mengheret UMNO dalam pergolakan gila merebut kuasa dalam PKR itu sendiri. UMNO sengaja diheret bagi mengalihkan isu sebenar yang berlaku dalam PKR itu sendiri. Jelas dan nyata sesuatu sedang berlaku dan dirancang oleh warlord2 dalam PKR apabila isu pemecatan dalam PKNS dan pengosongan kerusi DUN Kajang secara tiba2 berlaku dalam sela masa yang hampir sama. Adakah PAS dan DAP yang mempunyai kerusi DUN majoriti di Selangor sedar bahawa PKR yang jumlah kerusinya paling sedikit cuba berlagak seperti 'abang besar PR' sekarang??